Monday, August 24, 2015

LARIAN HARI MALAYSIA

LARIAN HARI MALAYSIA MENAUL 16 SEPTEMBER






SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN


SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 31 OGOS
ANJURAN BERSAMA MASJID KPG MENAUL 30 OGOS 2014










Sejarah Kampung Menaul

  • Kampung Jawa Sungai Menaul dibuka sekitar tahun 1930-an. Pada mulanya kampung ini hanya didiami oleh empat keluarga sahaja. Menurut ketua kaum, Encik Wagimin Bin Haji Rahmat, empat keluarga yang pertama menduduki kampung ini ialah Encik Kasdi, Encik Gansor, Encik Kasiman dan Encik Kechil. Bagi memudahkan pentadbiran kampung yang kecil ini mereka bersetuju melantik Encik Kasdi sebagai ketua mereka.
  • Pihak pentadbir kerajaan Raja Putih dahulu iaitu Raja Charles Vyner Brooke telah mengarahkan mereka memberikan nama untuk penempatan baharu itu. Mereka pun berbincang untuk memilih nama yang sesuai. Pada mulanya mereka bercadang memberikan nama sempena dengan nama kampung halaman mereka di Indonesi tetapi kerajaan Raja Putih tidak bersetuju kerana kurang sesuai.
  • Tersebutlah kisah pada zaman dahulu di tengah-tengah kampung itu terdapat sebatang anak sungai yang megalir menuju ke Batang Samarahan. Di tebing sungai itu pula terdapat sebatang pokok Pelaie yang sangat besar dan tinggi. Pokok Pelaie ini pada ketika itu dihuni oleh sekumpulan burung helang. Walaupun usaha menghalau burung ini telah dilakukan tetapi tidak berhasil sama sekali. Burung-burung ini tetap juga berada di situ.
  • Maka Encik Kasdi dan tiga lagi rakanya tadi telah mengambil keputusan untuk memberikan nama penempatan itu sebagai Kampung Jawa Sungai Menaul. Perkataan Jawa diletakkan kerana semua penduduknya ketika itu berbangsa Jawa yang datang merantu dari Indonesia. Sungai pula disertakan dalam nama penempatan tersebut kerana terdapat sebatang anak sungai di tengah-tengah kampung ini yang mengalir ke Batang Samarahan. Manakala Menaul dalam Bahasa Jawa bermaksud Helang.
  • Pembukaan kampung ini juga ada kaitannya dengan kedatangan Jepun ke Sarawak. Penduduk awal di situ telah mendapat perkhabaran bahawa Jepun akan menduduki Sarawak. Mereka membuka kampung itu adalah sebagai langkah awal untuk menghadapi pendudukan Jepun di Sarawak. Walaupun tiada kemudahan atau bekalan makanan yang mencukupi tetapi perkampungan itu mereka anggap sebagai tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat persembunyian daripada tentera Jepun.
  • Sebagai mengingati jasa empat keluarga penduduk awal di sini, maka sebuah replika burung helang telah dibina berhampiran dengan rumah Ketua Kaum. Kampung ini terus menikmati arus kemajuan yang disalurkan oleh kerajaan selaras dengan perkembangan ekonomi negara yang kian pesat. Begitulah tadi kisah penamaan Kampung Jawa Sungai Menaul.